Thursday, 4 December 2014

Seputar mengenai roh


Roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, sembahyang, puasa, baca Al Quran, doa, selawat, tafakur, mendapatkan ilmu yang memberi manfaat, memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah, faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qadak dan qadar Allah. Juga berjuang dan berjihad, berdakwah dan mengajar kerana keredhaan Allah, berkhidmat dengan manusia sama ada dengan ilmunya, tenaganya, hartanya dan lain-lain lagi, dengan kefahaman dan penghayatan serta dengan hati yang penuh ikhlas.

IBLIS DI BAKAR


SAKSIKAN BAGAIMANA IBLIS DIBAKAR DENGAN ZIKIRULLAH.MAKA JANGAN SEKALI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SETAN.


TZCS - MENGENAL DIRI


Fahami diri kamu yang nyata dan temui dia , orang yg berpegangan dengan yg hidup akan menilik rahsia diri yg menggerakkan dirinya yg membolehkan dia hidup bukan berpegangan pada raga jasad yg suatu hari akan dilempar kelubang kubur.
Apa yang pasti ia tiada lain adalah nur yg agong sehingga diri manusia itu sendiri tidak memahaminya walaupun ia berada dalam batang tubuh sendiri kerana berdirinya dia pada rasa bukan pada rupa.

JADILAH MANUSIA YG BERPEGANGAN BENAR.
Setiap sesuatu itu sebelum tahu menggunakannya perlu tahu setiap fungsi dan yg paling penting adalah sumber kuasanya.Namun manusia tanpa banyak kajian menggambil suatu diluarnya sebagai kekuatan sejati dirinya maka tidakkah syirik ini namanya.....
Hidup seorang manusia itu berserta rahsianya.Kerana rahsia itu maka jasadnya boleh bergerak seperti kenderaan.Coba difikirkan yg mana benar hidup jasadnya atau rahsianya?
Kebanyakan manusia berpegang pada jasad matinya yg pastinya lemah inikan pula mahu melakukan suatu yg mustahil dilakukan jasad nyata sudah pasti selamanya tidakakan mampu membuatnya.

TEMUI AKU KAMU
Kekuatan manusia itu pada AKUnya kerana aku itu adalah pengakuan bagi menyatakan kewujudan diri yg telah diciptakan tuhan.AKU itu roh kamu yg setitik dan jika tidak dimasukan dia kedalam batang tubuh sudah pasti tiada lah mengaku AKUnya kerana tiada ia dijadikan.
Maka dari yang setitik itulah minta dilautkan agar teguh berdiri sebagai seorang manusia yg mengakui kalimah laila haillah muhammad durasu lullah.

MENGENALI AKU
Mari dicoba mengenali aku kamu , sebutkan aku didalam dirinya .... rasakan apakah besar ? dan rasakan dimana letaknya aku kamu itu? Jadi bagaimanakah keadaanya yg memegang kata AKU dan menyatakan adanya itu ? Sama-sama difikirkan supaya menjadi manusia yg benar tahu bukan pada kata tapi pada nyata....

APA KEKUATAN AKU
Aku itu yg dikata setitik kerana kerdilnya, tiada kekuatan yg pasti ada kata bersamanya maka dapatlah diumpama AKU itu komander yg mengarah anak buah dan bala tenteranya.Padanya tiada apa yg ada kehendak kemahuan nafsunya saja...mintak dipenuhi.

KUASA META MANUSIA PADA DIRINYA.
Sebelumnya telah diterangkan perihal roh atau AKU manusia itu.Jika aku itu hanya komander atau pengarahnya mana kekuatan dirinya?
Maka manusia itu tiada lain pada dirinya yg berupa dan membentuk paras seperti sarung jasadnya namun lebih sempurna kerana ia adalah cahaya.Maka dirinya itulah yg terdiri dari meta energi yg mempunyai daya ghoib kerana asalnya dari yg maha ghoib.Dirinya itu atau dikatakan rohani itu jika pandai dimunafaatkan cahayanya dapat dimunafaatkan bagi membantu sekalian umat.
Namun tidak semua manusia yg tahu perihal dirinya dan tidak mampu melawan arus kehidupan dunia kerana dari dulu hingga sekarang energi cahaya dirinya terbatas bulu dan kulitnya tidak terlepas.....


MANUSA HIDUP
Hidup manusia berdiri atas 3 perkara padanya:
1. Roh - setitik yg ditiup Allah kedalam jasadnya.
2. Diri - Cahaya dari roh memenuhi ruang jasad sehingga terbit rasa dari pengakuan Aku.
3. Jasad - Tubuh kasar yg menanggung rahsia sehingga mampu bergerak kesana kemari dan menggunakan anugerah Allah ( kudrat ,iradat, ilmu hayat sama basar kalam )
Maka setiap pada manusia itu diri zahir dan batin itu perlu mengakui Allah itu tuhan dan rasulullah pesuruhnya baru nyata benar Islam dan peganganya.




Thursday, 27 November 2014

PELAJARAN SHOLAT BY TUAN ABAH GURU SEKUMPUL





Insan terbaik akan memperbaiki persembahan agong buat penciptanya dan mencari solat  No 1 selama hidup di dunia.

Wednesday, 26 November 2014

Sihir Vodoo

Ilustrasi perlakuan sihir vodoo

Bagaimana sipenyihir menggunakan kaedah Vodoo dalam melakukan pengkhianatan sihir keatas sesama manusia.Setelah dikaji CS maka perlakuan vodoo dengan menggunakan perumpamaan sebuah patung dan dicucukkan jarum lalu terasa kesakitan pada mangsa dan menanggung mudaratnya segalanya terungkap disebalik sebuah kefahaman rahsia.
Apa yg pasti si penyihir adalah seorang yg mampu memanipulasi energi negetif bagi dihalakan kearah tujuan atau target yg mahu dianiaya atau dimusnahkan.Bagaimana mampu si penyihir memanipulasi energi negetif tiada lain manusia ini pasti mempunyai belaan jin dan setan.Untuk benar faham perlu diketahui apa energi negetif tersebut ? , bagaimana ia terbentuk ?
apakah yg membawanya sehingga sampai memudaratkan?
siapa kuncu disebalik segalanya ?
Untuk menjawab persoalan ini terhasilnya energi kenegetifan itu atas niat penyihir dengan diaktifkan menggunakan mentera-mentera yg dapat menjana energi kenegetifan.Bagai mana energi tersebut boleh sampai kepada mangsa atau target perlu ada asbabnya.Si penyihir akan membuat perlambangan patung seperti penyihir vodoo yg diumpamakan sebagai diri pemangsa.Untuk mendapatkan kontak antara patung penyihir dengan mangsa targetnya ia dibuat dengan suatu penanda seperti nama, gambar dan sesuatu apa juga yg menjadi hubungan dengan mangsa target.
Setelah dikaji mereka yg pintar dalam melakukan sihir ini biasanya akan mempunyai belaan atau sahabat dari golongan jin bagi membantu merialitikan keterasaan kepada mangsa target.Itu kerana setiap tusukan sipenyihir boleh sampai secara nyata dalam keterasaan target.
Dalam pengkajian hiper metafisik didapat mangsa yg terkena sihir biasanya kan diselubungi energi kenegetifan yg mampu mengubah perilaku dan fiziknya dari baik kepada buruk yg mana bertujuan untuk menjahanamkan si mangsa.

Maka untuk itu perlu difikirkan dengan apa mahu mengatasi dan melawannya.Maka disini tiada lain melainkan dengan pertolongan Allah dengan pengetahuan perihal menutralkan kembali kenegetifan diri dsehingga kembali normal dan sihat seperti semula.